Saturday, October 11, 2008



My Profile

Aku di lahirkan di Felda Simpang Waha, Kota Tinggi,Johor,
Aku anak ke-5 dr 8 org adik beradik.
Masa aku kecik2 aku di pelihara oleh emak saudaraku di Negeri Sembilan,kerana die x punyai anak...
Aku telah dijaga dengan penuh kasih sayang,
Aku telah diberi pendidikan dengan cukup sempurna untuk aku menjadi seorang insan yang berguna..
Namun pada usia aku 12 tahun emak angkat ku telah kembali ke RAMAHTULLAH,
Sedih sangat aku kehilangan orang yang amat aku sayangi.
Emm pada usiaku 13 tahun aku di pelihara oleh atuk n makcik ku di Labis,Segamat sehinggalah aku tamat SPM...
Selepas SPM aku telah masuk PLKN di UTM Skudai...
Nk tau x kt sane arr aku jmpe org yg amat bermakna dlm dr ku...ANWAR
Selepas PLKN aku di terima untuk meneruskan pelajaran untuk mengambil STPM di Labis.
Tapi aku tidak meneruskan pelajaran ku disitu kerana aku di terima untuk menjalani kursus kejururawatan di Ipoh.
Susah gak rupenye nk jd misi ni...
Emm jd diri ku bukan mudah, aku perlu membahagi2 kasih sayangku agar seme org tidak terasa.. seme org tidak tahu ape yang aku rasa ketika aku di dalam dilema..
Aku sayangkan keluargaku emak,ayah,adik beradik ku,aku senang bl bersama mereka.
Aku sayangkan juga abahku yang terlalu banyak berjasa kepadaku,x ternilai jasanya pada diriku..pada atuk n mak yus ku juga aku amat sayang mereka yang menjagaku smpai aku habis belajar..
Tapi kadang aku sedih sangat aku x dapat nk bahagiakan seme org...kadang2 aku x hiraukan perasaan aku untuk menjaga hati mereka..aku harap mereka dapat fahami diriku..
Aku harap mereka faham dengan dr ku...
Ape pn aku nk semua tahu yang aku amat meyayangi seme keluargaku...


No comments: